
KUALA LUMPUR, 27 Dis – Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri (Dr) Zulhelmy Ithnain dilantik memangku tugas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa serta-merta.
Pelantikan dibuat susulan persaraan wajib Panglima ATM sebelum ini, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam, yang mencapai had umur perkhidmatan, sebagaimana dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
Dalam kenyataan sama, Kementerian Pertahanan menzahirkan penghargaan atas khidmat bakti dan kepimpinan Jeneral Tan Sri Mohd Nizam sepanjang menerajui ATM serta mendoakan kelancaran urusan persaraannya.
Terdahulu, SPRM mengesahkan persaraan Mohd Nizam dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Razali Alias, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan siasatan Op Sohor.
Kredit foto: Bernama