Zahid Ramal Kerajaan Campuran Di Sabah

Lain-Lain, Semasa, Sukan, Uncategorized
December 1, 2025

Lily Hasreen

KOTA KINABALU, 27 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menjangka tiada parti akan memperoleh majoriti jelas pada PRN Sabah ke-17, sekali gus membuka ruang kepada pembentukan kerajaan campuran.

“Bacaan saya pada 29 hari bulan nanti, kita tahu tidak akan ada satu parti pun yang dominan di Sabah, bacaan saya akan ada kerajaan campuran sekali lagi di Sabah dan kita mahu melihat bahawa kestabilan politik di Sabah ini diberi keutamaan,” kata Zahid.

Zahid turut menegaskan keutamaan kerajaan baharu kelak ialah menyelesaikan isu asas rakyat Sabah, termasuk projek Pan Borneo dalam lima tahun, serta menangani masalah infrastruktur, bekalan air dan elektrik.

Walaupun terdapat pertembungan sehingga 14 penjuru di beberapa kawasan, beliau menyifatkan situasi itu sebagai “festival demokrasi” yang mencerminkan keunikan Sabah.

Beliau turut memuji toleransi kaum dan agama yang tinggi di Sabah dan Sarawak, seiring konsep Kerajaan Madani yang menekankan kepelbagaian dan keharmonian.

#BeritaKS

@BeritaKS