Zahid Iringi Tok Mat Di DUN Rantau

Politik
July 18, 2026

Fara Alisa

REMBAU, 18 Jul – Calon Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Dato’ Seri Mohamad Hasan tiba di Dewan Seri Rembau dengan diiringi Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama penyokong-penyokong di Pusat Penamaan Calon Dewan Seri Rembau bagi proses penamaan calon.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau itu sebelum ini mempertahankan kerusi DUN Rantau pada PRN 2023 selepas memperoleh 16,957 undi dengan majoriti 10,280 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Rozmal Malakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 28 Julai, manakala hari pengundian pada 1 Ogos.

Kredit foto: Bernama

#BeritaKS

@BeritaKS