Zafrul Bakal Diberi Jawatan Baharu

Lain-Lain, Semasa, Sukan, Uncategorized
December 1, 2025

Fara Alisa

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul akan terus membantu Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim walaupun tidak lagi berada dalam Kabinet.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil berkata peranan besar Tengku Zafrul dalam menarik pelaburan dan memacu rundingan perdagangan antarabangsa sebelum ini menjadikan khidmat beliau masih diperlukan.

Fahmi menjelaskan bahawa Tengku Zafrul akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri dalam bentuk atau jawatan yang berbeza, namun butiran lanjut belum diumumkan dan akan didedahkan pada waktunya.

Tengku Zafrul mengesahkan akan menamatkan tugas di MITI pada 2 Disember selepas tamat tempoh pelantikannya sebagai Senator, berakhirnya penglibatan rasmi beliau sebagai menteri.

Kredit foto: FB Tengku Zafrul

#BeritaKS

@BeritaKS