UMNO, PAS Tuntut Janji Nga Kor Ming Letak Jawatan

Politik
July 12, 2026

Fara Alisa

JOHOR BAHRU, 12 Jul – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh sekali lagi menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menunaikan janjinya untuk meletakkan jawatan susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Menerusi hantaran di Facebook, Akmal menyindir pemimpin DAP itu dengan menawarkan diri untuk menyediakan surat peletakan jawatannya.

“Kalau Nga Kor Ming tidak tahu nak buat surat letak jawatan, saya buatkan,” katanya.

Desakan itu turut disuarakan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang mempersoalkan sama ada Nga akan mengotakan kenyataan dibuatnya sebelum ini.

“Adakah akan dikotakan janji ini?” soalnya menerusi hantaran di Facebook sambil memuat naik gambar Timbalan Pengerusi DAP itu.

Terdahulu, Nga dilaporkan berkata bahawa beliau akan menjadi individu pertama meletakkan jawatan sekiranya BN memperoleh kemenangan besar dalam PRN Johor dan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak dibebaskan.

Beliau turut menyatakan DAP tidak menolak kemungkinan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan jika perkara itu berlaku kerana menganggapnya sebagai ‘garis merah’ parti berkenaan.

#BeritaKS

@BeritaKS