UMNO, BN Mahu PRU16 Lebih Awal – Zahid

Semasa
September 3, 2026

Fara Alisa

SHAH ALAM, 3 Sep – UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpandangan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) wajar diadakan lebih awal sebelum menghampiri tempoh akhir penggal Parlimen.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Dato‘ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu membolehkan mandat mentadbir kerajaan Persekutuan dikembalikan kepada rakyat.

“Pada hemat saya, kalau Pilihan Raya Umum diadakan lebih awal, itu lebih baik. Jadi, mandat rakyat dapat kita peroleh.

“Tetapi andainya jika penggal ini sehingga penghujung tempoh atau jeda waktunya, maka kita juga bersedia menghadapinya,” katanya.

Beliau berkata, UMNO dan BN perlu mempersiapkan diri sepanjang tempoh yang masih berbaki dengan terus menyantuni permasalahan rakyat bagi memastikan kedua-dua parti kekal relevan dengan geopolitik semasa.

Penggal Parlimen ke-15 dijadual berakhir sekitar Disember tahun depan, namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih boleh mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas itu, iaitu sehingga Februari 2028.

Kredit Foto: NSTP

#BeritaKS

@BeritaKS