
KOTA KINABALU, 12 Dis – Tular video seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang tergagap ketika mengangkat sumpah hingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai.
Video tular menunjukkan ADUN Karamunting, Wong Tshun Khee, menghadapi kesukaran menyebut beberapa perkataan dalam bahasa kebangsaan sehingga Speaker DUN terpaksa membantu beliau menyempurnakan lafaz sumpah.
Wong menafikan dakwaan tidak fasih berbahasa Melayu dengan menjelaskan insiden berlaku kerana tumpuannya terganggu akibat nota rujukannya yang dicetak terlalu kecil serta dirinya tiba-tiba berasa sejuk sewaktu majlis berlangsung.
Bagi menangkis persepsi negatif, Wong mengemukakan rakaman video TikTok kepada portal Malaysiakini, yang merakamkan beliau berpidato dalam bahasa Melayu dengan jelas dan lancar sewaktu berkempen sebelum ini.
Sumber: Malaysiakini