Trump Arah Tentera AS Sekat Selat Hormuz

Dunia
April 13, 2026

Fara Alisa

WASHINGTON, 13 Apr – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengarahkan tentera laut negara itu melaksanakan sekatan laut di Selat Hormuz sebagai reaksi terhadap keengganan Iran berkompromi dalam isu nuklear walaupun rundingan di Islamabad menunjukkan perkembangan positif.

“Berkuat kuasa serta-merta, Tentera Laut Amerika Syarikat, yang terbaik di dunia, akan memulakan proses menyekat mana-mana dan semua kapal yang cuba memasuki atau keluar dari Selat Hormuz.

“Mana-mana warga Iran yang menembak ke arah kami, atau terhadap kapal awam, akan dimusnahkan!” kata Trump.

“Kami meninggalkan tempat ini dengan satu cadangan yang sangat mudah, satu kaedah persefahaman yang merupakan tawaran terakhir dan terbaik kami. Kita akan lihat sama ada pihak Iran menerimanya,” kata JD Vance.

Dalam perkembangan sama, ketegangan terus memuncak apabila Iran dilaporkan masih menyekat laluan strategik berkenaan yang mengendalikan sebahagian besar penghantaran minyak dunia, sekali gus meningkatkan risiko konflik di rantau itu.

#BeritaKS

@BeritaKS