Terpulanglah, Saya Popular — Azam

Lain-Lain, Semasa
February 15, 2026

Nor Aziah

SEPANG, 15 Feb – “Terpulanglah…. saya ‘popular’ lah kalau macam itu,” komen Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berhubung penganjuran Himpun dan Lawan #TangkapAzamBaki yang akan dilakukan, petang ini.

Bagaimanapun Azam enggan mengulas lanjut dan menegaskan demonstrasi seumpama itu bukan pertama kali dilakukan terhadapnya.

“Saya tidak mahu komen. Demonstrasi sudah banyak kali terhadap saya. Ini bukan pertama kali.

“Terpulang kepada mereka, mereka yang mahu berkumpul, mahu pergi demonstrasi terpulanglah bukan hal saya,” katanya.

Jelasnya, penyertaan dalam himpunan tersebut tidak ada kena-mengena dengannya dan terpulang kepada individu masing-masing kerana itu adalah hak mereka.

Terdahulu, perhimpunan itu dijadualkan akan berlangsung di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 4 petang ini.

#BeritaKS

@BeritaKS