Tentera Thai Maut Di Sempadan Kemboja

Dunia
December 8, 2025

Fara Alisa

BANGKOK, 8 Dis – Pertempuran terbaharu di sempadan Thailand–Kemboja melaporkan seorang anggota tentera Thailand dilaporkan maut manakala beberapa lagi cedera selepas insiden tembakan pada awal pagi, hari ini.

Kedua-dua negara mengemukakan versi berbeza mengenai permulaan insiden, dengan Thailand mendakwa Kemboja melepaskan tembakan terlebih dahulu dan sebaliknya.

Laporan turut menyebut Thailand melaksanakan serangan udara ke atas Kemboja sebagai tindak balas, manakala Kemboja mendakwa Thailand telah melakukan tindakan provokatif selama beberapa hari.

Sekitar 70% penduduk awam Thailand telah dipindahkan dari bandar sempadan, menandakan peningkatan konflik yang sebelum ini reda selepas perjanjian gencatan senjata pada Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur.

Kredit foto: AFP

#BeritaKS

@BeritaKS