Tei Mengaku Tidak Bersalah Rasuah Shamsul

Jenayah
December 5, 2025

Nor Aziah

SHAH ALAM, 5 Dis – Ahli perniagaan, Albert Tei hari ini didakwa memberi rasuah kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin di Mahkamah Sesyen di sini.

Albert atau Tei Jiann Cheing, 37, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Tei didakwa memberikan suapan berjumlah RM64,924 yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik seorang wanita, Rahmalidya Buyong.

Suapan itu sebagai dorongan untuk Shamsul membantu syarikat-syarikat berkepentingan Tei memperoleh kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Januari tahun depan.

#BeritaKS

@BeritaKS