
CAMERON HIGHLANDS, 29 Nov – Penduduk Apartmen Puncak Arabella di Tanah Rata, Cameron Highlands terputus hubungan selepas berlaku tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C sekitar Selasa, 8.30 malam.
Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli, pasukan daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam digerakkan ke lokasi untuk melakukan penilaian keselamatan dan tindakan awal
Beliau mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Jabatan Kerja Raya serta SMR Selenggara-Pahang Sdn Bhd telah memulakan kerja pembersihan dan langkah perlindungan cerun sementara bagi mengurangkan risiko susulan.
Kredit foto: Bernama