STAR Tidak Sokong GRS

Lain-Lain, Semasa
December 2, 2025

Nor Aziah

KOTA KINABALU, 2 Dis – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mendedahkan pendirian bahawa mereka bukan sebahagian daripada kerajaan yang dibentuk bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presiden STAR, Dato’ Seri Jeffrey Kitingan berkata, pihaknya kekal dengan pendirian bahawa Sabah perlu ditadbir oleh parti-parti tempatan dan bukan parti nasional.

“STAR ingin menjelaskan pendirian berikutan pembentukan kerajaan negeri Sabah yang baharu.

“STAR tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan GRS. Pendirian kami kekal tidak berubah, Sabah mesti ditadbir oleh parti-parti tempatan,” katanya.

Jeffrey turut menegaskan bahawa STAR akan bertanggungjawab sebagai blok pembangkang.

“Kami akan menyokong dasar yang melindungi Sabah, dan kami akan menentang sebarang langkah yang menjejaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” ujarnya.

#BeritaKS

@BeritaKS