SPRM Siasat Bekas Menteri Wilayah?

Jenayah
December 24, 2025

Lily Hasreen

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Seorang bekas menteri yang pernah berada dalam Kabinet sebelum pandemik COVID-19 kini disiasat SPRM berhubung dakwaan penyelewengan ketika memegang jawatan.

Menurut maklumat, individu berkenaan pernah dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan rasuah sebelum ini dan kini kembali menjadi tumpuan susulan laporan baharu berkaitan urusan sebuah kementerian.

Siasatan SPRM kini tertumpu kepada dakwaan pemindahan tanah kerajaan bernilai tinggi kepada sebuah syarikat pemaju hartanah, yang dipercayai mengandungi unsur salah guna kuasa dan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan beberapa individu akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Selain isu pemindahan tanah, SPRM turut meneliti dakwaan berkaitan projek pemasangan papan iklan yang dilaksanakan oleh kementerian terbabit.

Sementara itu, sumber SPRM turut berkata siasatan juga akan tertumpu kepada kelulusan projek di wilayah persekutuan yang melibatkan nilai jutaan ringgit.

#BeritaKS

@BeritaKS