
KUALA LUMPUR, 27 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, bagi membantu siasatan kes.
Mereka ialah Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.
Dalam kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan alamat terakhir Asnida adalah di Country Heights, Kajang, manakala Md Wira Dani beralamat terakhir di Taman Melawati, Ulu Klang, Kuala Lumpur.
Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin pula masing-masing beralamat terakhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohamad Daeem Mohd Ali di talian 017-9127217.
Terdahulu, Allahyarham Tun Daim pada Januari 2024 memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dan mengarahkan SPRM menghentikan penyiasatan terhadapnya.
Ini termasuk isteri serta empat anak melibatkan Ilham Tower Sdn Bhd dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.
#BeritaKS