SPRM Akan Panggil Shamsul, Albert Tei

Lain-Lain, Semasa, Sukan, Uncategorized
December 1, 2025

Nor Aziah

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan akan menyiasat dakwaan pemberian rasuah ahli perniagaan, Albert Tei kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil Albert Tei serta Shamsul Iskandar dalam masa terdekat bagi memberi keterangan.

“SPRM juga akan memanggil semua pihak yang terbabit bagi tujuan mengumpul bukti diperlukan.

“Sehubungan itu, orang ramai diharap tidak membuat spekulasi mengenai isu ini dan memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan bagi mengumpul keterangan serta bukti berkaitan tohmahan ini,” katanya.

Terdahulu, Shamsul Iskandar meletak jawatan dan mendedahkan terdapat percubaan untuk menyerang dirinya serta merosakkan imej kerajaan MADANI.

#BeritaKS

@BeritaKS