Skuad Takraw Bungkus Emas Terakhir Sukan SEA

Sukan
December 22, 2025

Fara Alisa

BANGKOK, 20 Dis – Skuad sepak takraw nasional menamatkan kempen kontinjen Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025 dengan meraih pingat emas terakhir menerusi kemenangan ke atas Vietnam dalam perlawanan akhir acara antara regu, hari ini.

Meski Vietnam hadir sebagai pencabar sengit selepas menyingkirkan tuan rumah, Thailand, di peringkat separuh akhir, pasukan Malaysia mempamerkan persembahan mantap untuk menguasai set pertama dengan keputusan 15-9.

Kemenangan memihak kepada Malaysia pada set kedua dengan mencatat kemenangan 15-9, sekali gus menghadiahkan emas berganda buat skuad sepak takraw pada temasya kali ini.

Kredit foto: Bernama

#BeritaKS

@BeritaKS