Siasat Dakwaan Salah Guna Kuasa PM

Lain-Lain, Semasa, Sukan, Uncategorized
December 1, 2025

Nor Aziah

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Perikatan Nasional (PN) meluahkan kebimbangan terhadap dakwaan rasuah melibatkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

Menurut Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apa yang lebih membimbangkan dakwaan penglibatan perdana menteri dalam skandal tersebut.

“Adakah benar perdana menteri menggunakan kedudukan untuk melindungi ahli-ahli politik GRS yang terlibat dalam kes rasuah lesen mineral Sabah, sebagai pertukaran sokongan politik?

“Adakah benar perdana menteri menggunakan kes rasuah ahli-ahli politik GRS sebagai ugutan terhadap ahli-ahli politik tersebut?,” ujarnya.

Tegasnya, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak boleh mengelak daripada menjawab persoalan yang kini menjadi perhatian umum.

#BeritaKS

@BeritaKS