
KUALA LUMPUR, 29 Nov – Bekas Setiausaha Politik kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan Albert Tei hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman berhubung dakwaan rasuah.
Mereka ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama seorang wanita, Sofia Rini Buyong, yang telah direman empat hari.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata siasatan dilakukan segera kerana melibatkan kepentingan awam, dan kertas siasatan dijangka siap dalam tempoh seminggu.
SPRM meminta orang ramai tidak membuat spekulasi sepanjang siasatan dijalankan.