
KUALA LUMPUR, 28 Nov – Ribut Tropika Senyar semakin melemah selepas melanda pantai barat Semenanjung awal pagi tadi, namun hujan dijangka masih berterusan.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata ribut yang semakin lemah itu kini bergerak ke Pahang.
“Senyar melanda daratan sekitar jam 1 pagi antara Banting dan Port Dickson sebelum melemah ketika bergerak merentasi kawasan pedalaman.
“Walaupun ia telah melemah, peredaran sisa ribut itu masih berpotensi membawa hujan,” katanya.
Tambahnya, MetMalaysia akan terus memantau pergerakan sistem tekanan rendah itu dan akan mengeluarkan kemas kini sekiranya terdapat perkembangan lanjut.
#BeritaKS