Satu Kapal Minyak Malaysia Rosak Di Selat Hormuz – PM

Semasa
April 17, 2026

Fara Alisa

CYBERJAYA, 17 Apr – Sebuah daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api dilaporkan mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata daripada jumlah itu, satu kapal telah selamat tiba di tanah air manakala sebuah lagi sedang menghampiri perairan Malaysia.

“Satu dah sampai, satu hampir sampai, masuk dalam perairan Malaysia. Dan makna dua, yang lain itu dengan keputusan baru walaupun dah lepas, tetapi kita masih pantau lah ya.”

“Dari segi kelulusan, memang Iran telah beri kelulusan kepada tujuh, tapi satu mempunyai masalah kerosakan, tak boleh berlepas daripada pelabuhan. Tapi dengan keadaan terbaru ini kita ada hadapi masalah sedikit,” katanya.

Menurutnya, keadaan semasa di laluan strategik itu menyebabkan beberapa cabaran timbul, justeru pemantauan rapi terus dilakukan terhadap kapal-kapal Malaysia yang terlibat.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan dua kapal sedang dalam perjalanan keluar dari Selat Hormuz manakala lima lagi masih berada di kawasan tersebut dan dipantau.

#BeritaKS

@BeritaKS