[BELANJAWAN SELANGOR 2026]: RM103 Juta Untuk Bingkas & Bingkasan

Semasa
December 1, 2025

Lily Hasreen

[BELANJAWAN SELANGOR 2026]

Selangor memperuntukkan RM103 juta bagi pelaksanaan program BINGKAS dan BINGKASAN demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin, kata Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Bantuan kewangan RM300 sebulan iaitu RM3,600 setahun telah diberikan kepada lebih 30,000 ketua isi rumah yang layak.

Bagi penerima sedia ada, kerajaan turut memperkenalkan inisiatif rintis BINGKAS Plus, yang berfungsi sebagai strategi ‘exit policy’ melalui proses ‘profiling’ menyeluruh sebelum peserta dipadankan dengan program pemberdayaan seperti keusahawanan, latihan kemahiran dan peluang pekerjaan.

#BeritaKS

@BeritaKS