RCI TH: Bekas Pengerusi TH, Bekas KSP Ditahan SPRM

Semasa
August 27, 2026

Fara Alisa

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Penahanan kedua-dua tokoh berprofil tinggi itu dipercayai dilakukan bagi membantu siasatan lanjut susulan pelbagai isu kepincangan dan salah laku yang dibangkitkan menerusi Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Terdahulu, Abdul Azeez dilaporkan telah hadir mematuhi panggilan agensi berkenaan ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada waktu tengah hari bagi sesi rakaman percakapan sebelum ditahan secara rasmi pada jam 4 petang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Abd Halim Aman ketika dihubungi pihak media mengesahkan penahanan dua individu lelaki yang berusia dalam lingkungan 60-an tersebut pada lewat petang tadi.

“Mereka dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman esok.

“Ada beberapa nama, dikaitkan dengan pelbagai salah laku ketika berada dalam tampuk kerajaan. Nantikan kejutan Jumaat ini,” jelasnya.

Sebagai rekod, pendedahan Laporan RCI sebelum ini telah merungkai pelbagai persoalan serta keraguan serius berkaitan kelemahan urus tadbir dan kedudukan kewangan TH, terutamanya ketika era Abdul Azeez menerajui institusi berkenaan.

Kredit: MalaysiaGazette

#BeritaKS

@BeritaKS