PRN Negeri Sembilan Mungkin Tahun Ini — Aminuddin

Politik
May 20, 2026

Fara Alisa

SEREMBAN, 20 Mei – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu diadakan seawal tahun ini bergantung kepada kesesuaian semasa dan perkembangan politik semasa.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan melihat keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka dan Johor sebelum menentukan tarikh sesuai untuk mengadakan PRN Negeri Sembilan.

“Kita tengoklah keadaan. Kita rasa Pilihan Raya Umum pun dah dekat. Tetapi saya tak menolak kemungkinan PRN tahun ini, kemungkinan tahun depan, Insya-Allah.

“Saya pun rasa cantik diadakan sekarang atau cantik akan datang…. semua cantik,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata soal sama ada PH akan bertanding secara solo masih bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti di peringkat Persekutuan.

“Selalu saya cakap, kita di peringkat negeri ini kena akurlah apa juga keputusan di peringkat Persekutuan, setelah berunding, berbincang demi kebaikan semua.

“Tetapi banyak pandangan suruh kita bertanding solo. Politik ini, hari ini lain, esok ia berubah. Dulu kita kawan, lepas itu boleh jadi tak kawan,” tambahnya.

Kredit: Sinar Harian

#BeritaKS

@BeritaKS