Polis Patut Siasat Saham Milik Azam — Nurul Izzah

Jenayah
February 20, 2026

Nor Aziah

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa polis memfokuskan siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Tegasnya, siasatan polis perlu memberi perhatian kepada kepada inti pati dakwaan yang dibangkitkan agensi berita Bloomberg, selaras prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

“Saya turut berharap siasatan oleh PDRM, seperti yang diumumkan, memberi tumpuan kepada dakwaan yang dibangkitkan oleh Bloomberg, bukannya menyiasat penerbitan laporan itu sendiri. Maksudnya mudah.

“Jika ada dakwaan, siasat kandungannya dan bukan proses bagaimana ia diterbitkan. Apa yang kita dan rakyat mahukan ialah siasatan terhadap inti pati dakwaan tersebut, bukan sekadar menyelidik cara laporan itu dikeluarkan,” katanya.

Jelasnya, pendekatan tersebut penting bagi menjamin keyakinan rakyat terhadap institusi penguat kuasa dan badan pencegahan rasuah kekal utuh.

‘You don’t want to shoot the messenger’. Kita mahu SPRM dan semua agensi dalam negara benar-benar menjadi benteng pertahanan kita semua,” tambahnya.

Terdahulu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar, memaklumkan pada 14 Februari lalu polis telah membuka kertas siasatan berkaitan artikel Bloomberg yang didakwa berunsur fitnah terhadap Azam.

#BeritaKS

@BeritaKS