PM Jepun Bagi Penghormatan Di Tugu Negara

Dunia, Semasa
December 1, 2025

Nor Aziah

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi meletakkan jambangan bunga pada Tugu Negara dan Tanah Perkuburan Jepun di ibu negara, menzahirkan penghormatan sebelum pulang ke Jepun, semalam.

Menerusi hantaran di aplikasi X, Takaichi turut menunduk sebagai tanda penuh hormat kepada sejarah silam ketika melawat kedua-dua monumen bersejarah itu.

“Saya berasa terharu kerana dapat menzahirkan penghormatan kepada rakyat yang terkorban di Malaysia.

“Saya turut melawat Tugu Negara bagi menghormati semangat para askar dan orang awam yang gugur dalam dua peperangan dunia serta perjuangan kemerdekaan Malaysia,” tulisnya.

Beliau dipercayai merujuk kepada sejarah pendudukan Jepun di Tanah Melayu, yang meninggalkan kesan mendalam terhadap rakyat Malaysia.

#BeritaKS

@BeritaKS