Perang Iran Boleh Tamat Jika Tehran Akur Syarat – Trump

Dunia
May 7, 2026

Fara Alisa

ISTANBUL, 7 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata perang AS-Israel ke atas Iran boleh dihentikan sekiranya Tehran mematuhi syarat perjanjian yang dikemukakan.

Trump bagaimanapun memberi amaran bahawa pengeboman baharu akan diteruskan sekiranya Iran menolak syarat tersebut.

“Mengandaikan Iran bersetuju untuk memberi apa yang telah dipersetujui, iaitu, mungkin, satu andaian yang besar, (operasi) Epic Fury yang ulung akan berakhir, dan sekatan yang sangat berkesan akan membolehkan Selat Hormuz terbuka kepada semua, termasuk Iran,” katanya.

Selat Hormuz merupakan antara laluan air paling strategik dunia yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman dan Laut Arab, sekali gus memainkan peranan penting kepada pasaran tenaga global serta keselamatan serantau.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai perjanjian tersebut, tuntutan khusus terhadap Iran atau masa bagi sebarang tindakan ketenteraan.

Kredit foto: PBS News

#BeritaKS

@BeritaKS