
KUALA LUMPUR, 30 Jan – Ketua Staf Markas Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Khamis mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) bernilai RM5 juta.
Mohamed Fauzi, yang ketika itu memegang jawatan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT, didakwa telah meluluskan pelaburan tambahan sesebuah syarikat tanpa kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan serta denda.
Kredit foto: NSTP