
ISKANDAR PUTERI, 7 Jun – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar secara rasmi kembali menyertai UMNO selepas lebih dua tahun meninggalkan parti itu.
Pengumuman mengenai kehadiran beliau pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor itu dibuat oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.
“Ada pemimpin yang sangat ternama dari Selangor, turut hadir pada hari ini,” kata Onn.
Noh Omar yang juga bekas Pengerusi UMNO Selangor itu telah digugurkan keahlian daripada UMNO sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Julai 2024.
Namun, pada Februari lalu, Noh yang kemudian merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti berkenaan kerana kecewa dengan perkembangan dalaman parti.