Lawan Boleh Jadi Kawan — Akmal

Lain-Lain, Semasa
December 28, 2025

Nor Aziah

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh hari ini menyambut baik hasrat PAS untuk menggerakkan usaha kerjasama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)-16.

“Kawan makan kawan, kawan jadi lawan. Tetapi, InsyaAllah kita boleh usahakan lawan jadi kawan, Fadhli Shaari,” tulisnya di media sosial hari ini.

Terdahulu, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mempersoal hubungan parti itu dengan Bersatu dan menyifatkan tindakan parti itu sebagai ‘kawan makan kawan’ selepas pelantikan Menteri Besar Perlis yang baharu.

Sebelum ini, PAS menyarankan tindakan tegas terhadap lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu yang menarik sokongan kepada bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

#BeritaKS

@BeritaKS