Kemboja Balas Serangan Thailand

Dunia
December 9, 2025

Nor Aziah

PHNOM PENH, 9 Disember – Bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mengesahkan negara itu telah membalas serangan tentera Thailand dalam pertempuran terbaharu di sepanjang sempadan dua negara.

Katanya, Kemboja menghormati gencatan senjata selama 24 jam dan memberi masa untuk memindahkan penduduk ke kawasan selamat.

“Selepas lebih 24 jam bersabar, pasukan kami terpaksa bertindak balas malam tadi dan pagi ini,” katanya.

Hun Sen yang juga Presiden Senat turut menggerakkan tentera untuk mempertahankan semua kawasan yang diserang serta melaksanakan strategi operasi bagi mengekang pihak lawan.

Konflik yang tercetus semula minggu ini telah mengorbankan enam penduduk Kemboja dan seorang anggota tentera Thailand, manakala lebih 20 lagi cedera.

Insiden terbaharu itu turut menyaksikan Thailand melancarkan serangan udara dan menggerakkan kereta kebal ke kawasan sempadan semalam.

#BeritaKS

@BeritaKS