Kastam KLIA Tumpas Penyeludupan RM1.19J

Semasa
May 11, 2026

Fara Alisa

SEPANG, 11 Mei – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menumpaskan empat kes penyeludupan dadah, mata wang dan minuman keras bernilai hampir RM1.19 juta sepanjang bulan lalu.

Pengarah JKDM KLIA, Zulkifli Muhammad berkata, kes pertama membabitkan seorang pengembara warga Indonesia yang ditahan di Terminal 1 KLIA selepas disyaki membawa keluar wang tunai RM129,500 tanpa pengisytiharan dan kelulusan Bank Negara Malaysia.

“Dalam kes dua, pihak kami membuat rampasan minuman keras pelbagai jenama yang tidak mempunyai setem cukai dan disyaki tidak berkastam berjumlah 17,043.60 liter membabitkan nilai rampasan RM221,566.80,” katanya.

Zulkifli berkata, dua lagi kes membabitkan cubaan menyeludup keluar dadah jenis ketamin melalui penerbangan ke Hong Kong dan Taipei, Taiwan, dengan rampasan keseluruhan dadah bernilai lebih RM407,000.

Kredit foto: Utusan Malaysia

#BeritaKS

@BeritaKS