
BAGAN DATUK, 26 Jan – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Jemaah Menteri memutuskan kanak-kanak berusia lima tahun diwajibkan mengikuti pendidikan prasekolah.
“Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu telah memutuskan bahawa prasekolah diselaraskan di bawah Kementerian Pendidikan di mana anak berumur lima tahun akan diwajibkan menduduki kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
“Perlu ada penyelarasan dan juga pengubahsuaian supaya ada kesinambungan silibus itu dengan tadika ataupun kelas prasekolah di sekolah kebangsaan untuk murid-murid yang berumur lima tahun ini,” katanya.
Menurut beliau, Pelan Pendidikan Malaysia yang dikemas kini bertujuan memastikan murid berusia enam tahun lebih bersedia untuk memasuki alam persekolahan formal.
Sumber: Malaysia Gazette