Kamu Buat Boleh, Orang Lain Tak Boleh. PH Hipokrit – Akmal

Politik
June 7, 2026

Fara Alisa

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh membidas kritikan Pakatan Harapan (PH) berhubung kos penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan mempersoalkan pendirian gabungan itu terhadap beberapa langkah politik yang pernah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata kritikan bahawa PRN membazirkan wang rakyat tidak konsisten dengan tindakan PH ketika berdepan situasi politik terdahulu.

“Ketika PM9 (Dato’ Sri Ismail Sabri) bubarkan Parlimen dulu, kenapa tidak mahu buat sekali ya?

“Masa buat Langkah Kajang dan Langkah Port Dickson itu tak membazirkan duit rakyat ke?” soalnya.

Beliau mendakwa kritikan PH terhadap keputusan mengadakan PRN menunjukkan sikap tidak konsisten dalam menilai tindakan politik pihak lain.

“Kalau kamu buat boleh, tapi orang lain buat bazirkan duit rakyat pula. Hipokrit namanya tu,” tegasnya.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa yang mendakwa kerajaan negeri membazirkan kira-kira RM90 juta untuk mengadakan PRN Johor.

#BeritaKS

@BeritaKS