Johor Juara Liga Super 12 Tahun Berturut-Turut

Sukan
March 16, 2026

Fara Alisa

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali ke-12 berturut-turut selepas menewaskan DPMM FC 3-0 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Brunei.

Kemenangan itu memastikan skuad Harimau Selatan terus mengungguli liga dengan berbaki lima perlawanan, sekali gus mengekalkan dominasi mereka dalam saingan bola sepak tempatan sejak 2014.

Gol pembukaan JDT hadir pada minit ke-33 menerusi sepakan percuma Ager Aketxe yang terkena tiang sebelum melantun masuk ke gawang lawan.

Pasukan pelawat kemudian menggandakan kelebihan pada minit ke-74 hasil rembatan Oscar Arribas dari jarak dekat selepas menerima hantaran Afiq Fazail, sebelum Marcos Guilherme melengkapkan kemenangan 3-0 menerusi gol ketiga menjelang penghujung perlawanan.

Selepas 19 perlawanan, skuad kendalian Francisco Javier Munoz mengumpul 57 mata dengan rekod kemenangan sempurna.

Kredit: Bernama

#BeritaKS

@BeritaKS