Iran Tutup Selat Hormuz Hingga Sekat AS Ditarik

Dunia
April 19, 2026

Fara Alisa

TEHRAN, 19 Apr – Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap sekatan tentera laut Amerika Syarikat (AS) ke atas kapal dan pelabuhannya.

Menurut pengumuman oleh Tentera Laut Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), sebelum ini Iran telah membenarkan kapal awam melalui laluan itu dan beberapa kapal berjaya melintasi dengan penyelarasan pihaknya.

Tindakan tersebut diambil kerana AS didakwa masih belum menarik balik sekatan laut terhadap kapal dan pelabuhan iran yang dianggap melanggar perjanjian gencatan senjata.

“Sehubungan itu, Selat Hormuz akan ditutup mulai petang ini sehingga sekatan tersebut ditarik balik,” menurut kenyataan berkenaan.

Iran turut memberi amaran kepada semua kapal agar tidak bergerak dari lokasi berlabuh di Teluk Parsi dan Laut Oman serta menjauhi kawasan selat berkenaan.

IRGC menegaskan sebarang cubaan menghampiri Selat Hormuz akan dianggap sebagai tindakan menyokong musuh dan boleh menjadi sasaran.

#BeritaKS

@BeritaKS