
KUALA LUMPUR, 1 Feb – Inspektor Sheila ditahan polis selepas terlibat pertelingkahan dengan peniaga hingga mencetuskan kekecohan di Batu Caves semasa sambutan Thaipusam malam tadi.
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Mohd Khalid Ismail berkata, kejadian berlaku sekitar 4 pagi dan tangkapan dibuat selepas insiden itu bagi membantu siasatan.
“Suspek kemudian direman selama satu hari namun sudah dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Khalid berkata penahanan wanita itu dilakukan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Mengenai status perkhidmatan wanita berkenaan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau berkata, wanita itu sebelum ini bertugas dengan pasukan polis, namun mempunyai beberapa isu membabitkan kesihatan.
#BeritaKS