“Ini Konspirasi Jahat Albert” – Wanita Nafi Jadi Proksi Shamsul

Lain-Lain, Semasa, Sukan, Uncategorized
December 1, 2025

Lily Hasreen

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Seorang wanita menafikan dakwaan bahawa telah menjadi proksi kepada bekas Setiausaha Politik kanan PM, Datuk Seri Shamsul Iskandar.

Wanita tersebut, Sofia Rini Buyong, menyifatkan dakwaan ahli perniagaan Albert Tei sebagai palsu, berniat jahat dan sebahagian konspirasi untuk mencemarkan reputasi Anwar dan Shamsul.

“Saya juga tidak pernah membuat sebarang perbincangan dengan Datuk Seri Shamsul Iskandar mengenai tindakan yang Albert lakukan berhubung proses permohonan beliau untuk mendapatkan lesen-lesen perlombongan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Tambahnya, Albert berulang kali mengulangi naratifnya sepanjang pertemuan itu yang mengambil masa lebih sejam dan berkali-kali mendorong Sofia mengesahkan naratif beliau.

“Perbuatan ini seolah-olah satu konspirasi jahat untuk mencemarkan nama Anwar dan Shamsul Iskandar. Ia adalah satu percubaan untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik,” katanya.

Sebelum ini, tular satu rakaman rahsia yang didedahkan Albert Tei berkenaan seorang wanita yang didakwa menjadi proksi Shamsul dan berkata PM telah merestui tindakan merakam perbincangan beberapa ahli politik mengenai sogokan wang untuk mengeluarkan lesen perlombongan di mineral di Sabah.

#BeritaKS

@BeritaKS