Ibu Dr Zaliha Meninggal Dunia

Semasa
December 21, 2025

Nor Aziah

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Ibu kepada bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia malam tadi.

Zaliha memaklumkan pemergian ibunya, Halimah Yaacob, menerusi hantaran ringkas di Facebook.

“Hari duka buat kami sekeluarga, mak telah pergi buat selama-lamanya pada jam 8.23 malam tadi,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan takziah buat Zaliha atas pemergian bonda.

“Kami menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima amal kebajikan dan ditempatkan dalam kalangan para solihin serta orang-orang beriman,” tulisnya.

#BeritaKS

@BeritaKS