
KUALA LUMPUR, 27 Jan – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) meluluskan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) tujuh pemain Harimau Malaya yang sebelum ini digantung,
Menurut FAM, keputusan itu menangguhkan hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak yang sebelum ini dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA),
membenarkan mereka menyertai sebarang aktiviti bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat.
Pemain yang terlibat ialah Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel.
Terdahulu, 7 pemain terbabit digantung FIFA susulan dakwaan pemalsuan dokumen berkaitan kelayakan pemain naturalisasi, termasuk denda CHF350,000 atau kira-kira RM1.8 juta ke atas FAM