Hoki 5S Sumbang Emas Pertama Malaysia

Sukan
December 13, 2025

Lily Hasreen

BANGKOK, 10 Dis – Pasukan hoki 5s lelaki negara menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan SEA Thailand selepas menewaskan Indonesia 7-3 di Stadium Hoki Tentera Udara Diraja Thailand.

Tiga jaringan awal negara disumbangkan oleh kapten, Akhimullah Anuar Esook, Abid Sufian Mat Ruslee dan Luqman Ahmad Shkuran pada separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Akhimullah menambah satu lagi gol sebelum Sufian turut mencetak nama sebagai penjaring.

Dengan baki dua minit perlawanan, Akhimullah melengkapkan hatrik pada minit ke-29, disusuli jaringan Shafiq Ikmal Daniel yang memastikan kemenangan 7-3 dan pingat emas sulung Malaysia.

Ini merupakan kali pertama acara hoki 5s dipertandingkan dalam temasya Sukan SEA.

#BeritaKS

@BeritaKS