Gobind, Mat Sabu & Guan Eng Iringi Anthony Loke

Politik
July 18, 2026

Fara Alisa

JELEBU, 18 Jul – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Anthony Loke tiba di pusat penamaan calon di Dewan Besar Kuala Klawang, diiringi barisan kepimpinan PH.

Ketibaan Anthony disambut Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan itu dijangka akan dicabar calon Barisan Nasional (BN) Siow Kong Choon bagi merebut kerusi DUN Chennah.

DUN Chennah sebelum ini telah dimenangi beliau dengan memperoleh sejumlah 5,888 undi dengan majoriti 2,200 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Rosmadi Arif.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 28 Julai, manakala hari pengundian akan berlangsung pada 1 Ogos.

Kredit foto: Kosmo!

#BeritaKS

@BeritaKS