
KUALA TERENGGANU, 24 Feb – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu, Hanafiah Mat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan salah guna kedudukan bagi kepentingan ahli keluarganya.
Mengikut pertuduhan, beliau didakwa menggunakan kedudukan sebagai Exco serta Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat untuk mengarahkan dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri antara tahun 2018 hingga 2020.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Kredit: Berita Harian, Buletin TV3