EXCO AMK Gesa Rafizi & Nik Nazmi Keluar PKR

Politik
May 14, 2026

Fara Alisa

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) , Dzul Hilmi Zainol menggesa bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presidennya, Nik Nazmi Nik Ahmad keluar daripada parti secara terhormat sekiranya tidak lagi bersama perjuangan PKR.

Beliau berkata tindakan itu penting bagi mengelakkan anggota parti terus dibelenggu polemik serta kekeliruan berhubung pendirian kedua-dua pemimpin berkenaan.

“Kalau benar sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan dan hala tuju parti, maka Rafizi Ramli dan Nik Nazmi sepatutnya berterus terang kepada anggota parti dan rakyat,” katanya.

Menurut beliau, politik matang memerlukan kejujuran dan bukannya sindiran berpanjangan yang boleh mengelirukan akar umbi parti.

“Jangan terus bermain tarik tali politik sambil mengekalkan kerusi Parlimen Pandan dan Parlimen Setiawangsa dan juga terus mempengaruhi penyokong beliau yang ada di dalam PKR,” tambahnya.

Rafizi dan Nik Nazmi sebelum ini dilaporkan akan mengumumkan hala tuju politik baharu mereka Ahad ini menerusi satu majlis di PJ Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya.

#BeritaKS

@BeritaKS