DUN Johor Lulus RUU 5 ADUN Lantikan

Semasa
May 7, 2026

Fara Alisa

ISKANDAR PUTERI, 7 Mei – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor meluluskan rang undang-undang (RUU) pindaan Perlembagaan bagi membolehkan pelantikan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu.

Usul tersebut diluluskan dengan majoriti dua pertiga apabila 40 daripada 56 ADUN menyokong.

Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pindaan itu dibuat melalui peruntukan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor Bahagian Kedua Pindaan 2026.

Beliau menjelaskan langkah itu bertujuan menambah baik struktur DUN dengan memperkenalkan ADUN lantikan, selari dengan amalan yang turut dilaksanakan di beberapa negeri lain seperti Pahang, Terengganu dan Sabah.

Menurutnya, ADUN lantikan yang dilantik nanti akan turut mengambil bahagian dalam perbahasan serta proses penggubalan dasar negeri.

Isu tersebut sebelum ini turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan wakil rakyat berhubung keperluan dan implikasinya terhadap struktur pentadbiran negeri.

Kredit foto: MalaysiaGazette

#BeritaKS

@BeritaKS