
KUALA LUMPUR, 26 Nov – Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir bekas Setiausaha Politik Kanan, Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Ini susulan pendedahan ahli perniagaan, Albert Tei berkaitan pemberian rasuah kepada Shamsul, sebelum kedua-duanya akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.
“Dulu cakap orang bukan main, hari ini Allah tunjuk dia lebih teruk dari apa yang dia kata pada orang.
“Baik penerima rasuah mahupun pemberi, dua-dua patut dihumban dalam penjara,” tulisnya di laman Facebook dengan gambar wang kertas paun.
Hari ini, Shamsul turut membuat laporan polis terhadap Tei kerana mendakwa Anwar memberi ‘lampu hijau’ untuk merakam secara rahsia beberapa ahli politik Sabah daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berhubung skandal perlombongan di negeri itu.
Tambah Shamsul, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas, malah disifatkan sebagai satu konspirasi jahat.
#BeritaKS