Dua Wanita Israel Diarah Keluar Malaysia

Semasa
March 30, 2026

Fara Alisa

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Dua wanita warga Israel dihalang daripada memasuki Malaysia selepas tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu lalu, menurut Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

AKPS memaklumkan kedua-dua individu itu berada dalam perjalanan transit ke Manila, Filipina sebelum dikenakan Notis Penolakan Masuk (NPM) sebaik tiba di pintu masuk negara mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

“Masing-masing telah dike­nakan NPM mengikut proses biasa dan kemudiannya te­lah dihantar balik ke lokasi pelepasan terakhir mereka ia­itu di Phuket, Thailand. Proses penghantaran pulang dilakukan pada petang hari yang sama, iaitu Rabu lalu,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua wanita tersebut memulakan perjalanan dari Phuket ke KLIA Terminal 2 menaiki penerbangan AirAsia sebelum dijadualkan menyambung perjalanan ke Manila menggunakan Cambodia Airlines.

Tindakan berkenaan mencerminkan komitmen pihak berkuasa sempadan dalam memastikan prosedur kemasukan warga asing dipatuhi sepenuhnya selaras dengan dasar kedaulatan negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

#BeritaKS

@BeritaKS