
KUALA LUMPUR, 7 Mac – Pengerusi Perikatan Nasional, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam pertemuan di Bangkok yang dikaitkan dengan apa yang disebut sesetengah pihak sebagai ‘Langkah Bangkok’.
Beliau menegaskan namanya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pertemuan atau perbincangan yang dilaporkan berhubung perkara tersebut.
“Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak terlibat dalam apa jua pertemuan di Bangkok yang dirujuk oleh setengah pihak sebagai ‘Langkah Bangkok’ seperti yang dilaporkan.
“Sebarang pertemuan atau perbincangan yang dikaitkan dengan perkara tersebut adalah tidak melibatkan saya dan tiada kena mengena dengan saya,” katanya.
Penjelasan dibuat susulan laporan yang mengaitkan beberapa pemimpin politik dengan pertemuan di Bangkok, Thailand termasuk Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan.