Donald Trump Terima Anugerah FIFA Peace Prize

Dunia, Sukan
December 10, 2025

Lily Hasreen

WASHINGTON, 6 Dis – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dinobatkan sebagai penerima pertama bagi anugerah baharu yang diperkenalkan FIFA iaitu FIFA Peace Prize.

Presiden FIFA, Gianni Infantino mempersembahkan trofi, pingat dan sijil itu sambil menyatakan bahawa Trump dipilih “atas tindakan luar biasa dalam mempromosikan keamanan dan perpaduan di seluruh dunia”.

FIFA memaklumkan anugerah itu diberikan kepada individu yang berperanan menyatukan masyarakat melalui komitmen dan langkah-langkah khusus untuk memperoleh keamanan. Namun, proses pemilihan tidak didedahkan.

Terdahulu, Trump telah membuat beberapa dakwaan tentang jumlah perang yang telah “ditamatkannya”, namun pada masa yang sama melancarkan beberapa serangan ketenteraan yang dipertikai oleh ramai pihak.

Malah, campur tangan Trump dalam konflik Gaza dan peperangan di Ukraine turut mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak kerana dianggap berat sebelah.

#BeritaKS

@BeritaKS