Diacu Pistol, Isteri Albert Lapor Polis

Lain-Lain, Semasa, Sukan, Uncategorized
December 1, 2025

Lily Hasreen

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Isteri kepada ahli perniagaan Albert Tei, Lee Pei Rie, membuat laporan polis mendakwa beberapa anggota SPRM bertindak keterlaluan ketika melakukan serbuan di rumah mereka di Puchong.

Dalam laporan itu, Lee mendakwa pistol diacukan kepadanya, telefonnya dirampas dan rakaman video dipadam, selain ahli keluarga diarahkan membuka kunci telefon dan router WiFi dimatikan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Norhizam Bahaman mengesahkan telah menerima laporan itu dan kini pihaknya sedang melaksanakan siasatan.

Serbuan itu berlaku susulan siasatan dakwaan rasuah melibatkan Tei, bekas setiausaha politik kanan Shamsul Iskandar, dan Sofia Rini Buyong.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menafikan dakwaan anggotanya mengacukan senjata ke kepala Tei, dan menegaskan penahanan dibuat mengikut prosedur.

#BeritaKS

@BeritaKS